Rojak Home              News                       Recipe                         Chat                         Sport                    Crime

Tips by Rojak            History                Entertainment               Funny               Controversy               Special

Search what you need here

Friday 12 August 2011

Asyraf Haziq - Mangsa yang Popular

Asyraf Haziq atau nama penuhnya Muhammad Asyraf Haziq Rosli umur 20 tahun. Kenapa dengan budak ni? Dialah budak tahun pertama pengajian perakaunan kat kolej Kaplan ditaja oleh Mara (Majlis Amanah Rakyat).

Eleh, takkan dia sorang je student kat London? Memangle bukan dia sorang student Malaysia kat sana tapi  jaw dia patah lepas tu kena samun then dia kena operate jaw dia kat Hospital Royal London Isnin lepas. Jaw tu apa? Jaw tu rahanglah.

Rahang dah patah lepas tu kena samun lepas tu popular? Biar aku explain..



Video sewaktu Asyraf cedera dan disamun di London

Asyraf Haziq semakin popular selepas ada orang London buat satu website untuk bantu si Asyraf Haziq dari segi kewangan. Website yang dimaksudkan ialah http://somethingniceforashraf.tumblr.com direka oleh The Minimalist. Aku tak taula The Minimalist ni individu ke sebuah kumpulan ke tapi yang penting aku nak cerita pasal Asyraf Haziq dalam entry ni.

Aku dah tengok web dia, siap ada poll lagi. Aku taip balik poll kat web dia untuk korang baca.

What nice thing could we do for Ashraf Haziq?
# Pay fo his student fees
# Pay for his family to come and visit him in hospital
# Buy him loads of flowers
# Go and sing outside his hospital
# Organise a big tea party with him as guest of honour
# Buy back the stuff that got nicked - PSP, bike, phone.
# Nice - pay for any dental costs
# Other : _________________


Sejak Asyraf Haziq kena rompak sampai masuk hospital tu, dia dah jadi semakin popular. Ada je reporter nak temuramah dengan dia kat sana. Siap ada website pulak tu untuk dia. Aku rasa Asyraf Haziq mungkin akan dapat lebih dari apa yang dia hilang.
Mula-mula rasa kesian aku tengok dia ni kena rompak masa keluar kat tv3 hari tu, sekarang dia dah sihat. Hari Isnin masuk hospital lepas tu hari Khamis dah boleh keluar tapi pihak Hospital Royal London tak bagi keluar dulu sebab takut banyak sangat pemberita ganggu dia. Rahang dah 'kokak', barang-barang hilang, tak terkenal lak tu..Siapa sangka dalam bulan ramadhan ni dia jadi mangsa yang popular?

Anyway, mana tahu kan kalau dah beratus-ratus ribu orang bagi derma kat dia, dia dah boleh berhenti study dan buka bisnes sendiri? Tapi aku tetap nak nasihatkan si Asyraf Haziq supaya belajar rajin-rajin lepas sihat ni. Lepas tu cari kerja elok-elok bantu Puan Maznah Abu Mansor, 47 tahun selaku ibunya.

Sumber / Source:
Warga London Simpati Nasib Asyraf Haziq
Asyraf Dah Sihat
Website untuk bantu Asyraf Haziq

12 comments:

  1. kecian die..syieda dah tick poll die semalam..
    semoga die kuat..

    ReplyDelete
  2. Ha,ah kcian dia. Dh jtuh, ditimpa tangga.

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh dari segi emosi dan mental :)

    ReplyDelete
  4. dugaan buatnya di bulan Ramadan ini

    selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  5. ada hikmah di sebalik yang berlaku..

    ReplyDelete
  6. ada hikmah..
    belajar leklok..
    =D

    ReplyDelete
  7. Salam...itulah namanya rahmat disebalik kemudaratan..betul2 menginsafkan aku..isk3

    ReplyDelete
  8. Btul kata Abang Long, Rahmat allah kita tak boleh mengagak kemudaratan itu satu kebaikan atau keburukan.
    Semoga Asyraf tidak lupa dgn apa yg berlaku padanya, dan jadikan ikhtibar utk dia terus melangkah hidup

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah
    memang sian sangat bila tgk dia
    dah la xcident pastu kena rompak pula
    ini la kebesaran ALLAH pada Ramadhan ni

    ReplyDelete
  10. kesian jugak dkt dia...
    tp, rmai yg smpati.. insyaAllah dia cpat smbuh dr segi mental & fizikal

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, rasanya, insyaAllah dia akan habiskan belajar, n duit2 tu, dia kata nak tlg orang yg lebih memerlukan kan. Erm boleh katakan tu la kelebihan youtube, ada orang rakan, terus jadi perhatian dunia :D btw salam ramadhan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gua Blog

OhBelog

Free Backlinks