Rojak Home              News                       Recipe                         Chat                         Sport                    Crime

Tips by Rojak            History                Entertainment               Funny               Controversy               Special

Search what you need here

Wednesday, 10 August 2011

Isu DUMC terbongkar!

Apa khabar semua? Pernah dengar pasal JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) serang gereja kat Damansara Utama? Korang tahu apa sebabnya?

Hasil blogwalking dan surfing sana sini akhirnya aku terjumpa sebuah article pasal DUMC (Damansara Utama Methodist Church) beserta bukti dan explanation. Dalam entry kali ni aku letak information pasal JAIS, NGO, DUMC dan pihak-pihak tertentu yang terlibat. Korang boleh faham kalau korang baca apa yang aku kongsi ni sampai habis.

INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.

Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.

Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.

Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.

Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.

Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.

Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.

Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.

12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.

Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?

Jadual Thanksgiving Dinner Program








Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

DUMC test pengetahuan islam
Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.
 
Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?
 
Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.
 
Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.
 
Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.
 
Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.
 
Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.
 
Masjid dan surau pantaulah benda ini.
 
Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.
 
Soalan media: Bila jumpa JAIS?
 
Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…
 
Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?
 
Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.
 
Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.
 
Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah
 
Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.
 
JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.
 
Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.

Ambil keterangan

Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS
 
Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.
 
Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.
 
Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.
 
Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.
 
Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.
 
Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.
 
Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.
 
Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.
 
Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.
 
Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.
 
Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.
 
Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.
 
Motto ini ada dalam gereja.
Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak
 
Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.
 
Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.
 
Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.
 
Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.
 
(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.
 
Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.
 
Penutup Dr Dzulkhaini Husain;
 
Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI

Senarai 12 nama orang Islam yang hadir ke DUMC pada malam tersebut:
  1. Nadeane Binti Che Mohd Salleh [Sofea] K/P: 790317-01-6XXX
  2. Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah K/P: 690327-08-6XXX
  3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir K/P: 850714-71-5XXX
  4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir K/P: 940227-02-5XXX
  5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir K/P: 900906-02-5XXX
  6. Rasyidah Binti Ab Razak K/P: 770611-01-5XXX
  7. Nur Umrah Binti Ab Razak K/P: 951003-01-6XXX
  8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan K/P: 801025-10-5XXX
  9. Faridah Binti Abdul Rahman K/P:711012-12-5XXX
  10. Nur-Al Ashikin Bt Shaikh Dawood K/P: 720803-10-5XXX
  11. Faridah Binti Abdul Latep K/P: 720422-71-5XXX
  12. Sahrunida Binti Asaad K/P: 810104-08-6XXX

Berkenaan Khalid Samad pulak yang dikatakan membantah tindakan JAIS, sila baca petikan dari blog beliau sendiri :

Peristiwa ini telah banyak mendapat liputan dalam media perdana dan alternatif. Berbagai pandangan telah diberi. Saya hanya mahu menjelaskan dua perkara di sini.

1. Soal menyebar atau mengembang agama lain kepada orang Islam adalah dilarang dalam Perlembagaan. Semua pihak harus terima dan akur dengan peruntukan ini. Peruntukan ini bertujuan untuk menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama seperti Malaysia di mana sekiranya dirasakan ada usaha bersungguh-sungguh untuk memurtadkan orang Islam, maka ianya akan menghasilkan ketegangan dan persengketaan.

Dalam soal ini PAS mengutuk sebarang usaha kearah menyebarkan agama lain di kalangan orang Islam dan sesiapa yang melakukannya perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya.

2. Soal menyerbu sebuah rumah ibadat bukan Islam merupakan suatu isu yang serius. Ianya boleh menghasilkan satu imej yang buruk terhadap Islam apabila ianya dilakukan atas nama agama Islam. Ini kerana ianya memberikan gambaran bahawa Islam tidak menghormati rumah ibadat orang bukan Islam.

Petikan kata-kata Khalid Samad dari mStar Online pula :

"Adalah lebih baik dipantau, dapatkan nombor kereta serta maklumat lain dan seterusnya didampingi golongan 12 tersebut selepas dari itu."

"Kalau bukti memadai, mungkin juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tidak perlu serbu. Matlamat tercapai, nama baik Islam tidak tercemar, yang 12 dapat diuruskan dan dinasihati dan begitu juga pihak Gereja," katanya.

Apa pendapat korang? Jangan takut keluar pendapat, mana tahu idea korang lagi best dari JAIS, NGO, Khalid Samad, Hasan Ali dan semua pihak yang terlibat dalam hal ni.

Rujukan / Resource
MiM
Khalid Samad
Medan-info-kita
mStar Online

22 comments:

  1. aku lbh bersetuju dgn yb khalid samad. lbh baik dipantau.. dan didampingi..

    ReplyDelete
  2. Nightroad, kalau begitu mungkin perlu disiasat pula ke mana perginya wang zakat untuk golongan macam ni.

    ReplyDelete
  3. diorg ni kalau nak putar belitkan fakta mmg hebat..cilako tul..
    den ni marah jugak org kito..
    bilo dah camni baru la nak bersatu..

    ReplyDelete
  4. Selepas Melaka di kalahelaka, kerja2 ini telah bermula di Tanah Melayu. Selepas Merdeka perlembagaan negara kita pula membenarkannya. Tgjawab kita adalah mentarbiah diri, ahli keluarga danseterusnya masyarakat Islam sekeliling kita. Tinggalkan budaya 'jangan jaga tepi kain orang' ttp ambillah pendekatan mafhum ayat ' berpesan=pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran'.

    ReplyDelete
  5. mungkin kita kena kaji apa sebab org islam tu dtg ke majlis tu? adakah kerana mereka susah nak dapaatkan bantuan daripada majlis agama islam? sebab kadang2 ramai juga org yg mengadu ssh nak dptkan bantuan daripada baitul mal tapi gereja senang jer bagi pertolongan.

    ReplyDelete
  6. apek poyo, rilek jangan marah..err sapa yang dimaksudkan putar belit fakta?

    Zull, dari dulu sampai sekarang masih ada yang degil dengan statement "hak individu" atau "hak masing-masing" etc.

    perondajaketbiru74, pihak lain pasti ambil kesempatan atas kesempitan org islam.

    ReplyDelete
  7. pdn muke mb sngor dpt adiah penyapu dgn tandas.xptt lgsg minx maaf kt gereja tuh.pfft

    ReplyDelete
  8. hmm anak beranak Mahadzir pegi join majlis..Mahadzirnya mana?menyuruk ke hape?hmm

    ReplyDelete
  9. Sarah Mohd Saleh, ye tak ye jugak kan dalam kes ni dia tak sepatutnya minta maaf sebelum JAIS bagi laporan.

    ReplyDelete
  10. Aku Afzal, anak Ab Razak pun ada tapi Ab Razaknya entah ke mana.

    ReplyDelete
  11. kes yg menggerunkan ttp cukup untuk memberi ruang ramai ttg jauhnya masalah ini.

    iman semakin nipis. kita salahkan pihak agama tidak bantu terutama wang ringgit. adakah kita memohon dari Allah terlebih dahulu?

    artikel yg baik untuk disebar demi kebaikkan agama Islam.

    ReplyDelete
  12. gnesop, komen yang bernas! walau apa pun pihak gereja takkan lepaskan peluang memurtadkan orang islam.

    ReplyDelete
  13. jgn salahkan musuh..salah kelemahan kita..
    diorng kata sbb utama dia masuk Kristian diberi bantuan kewangan bgi yg kesempitan..Apakah Jais x mampu memberikan bantuan yg secukupnya dkt diorng..
    mana perginya wang zakat yg sepatutnya diberikan kpd yg layak???

    ReplyDelete
  14. kita pon kenalah lebih prihatin kpd orang yg miskin selepas ni.jgn pandang rendah kat org yg susah.bila jd mcm ni baru nak terngadah.esp tambahkan keprihatinan kpd org dlm kelompok kita.bukan dlm aspek material shj tetapi kerohaniah.kalau akidah kuat, agama mana pun yg dtg menghulur tangan pasti dpt ditepis.sinilah pentingnya akar umbi mesti kuat.barulah pokok akan menjadi kuat juga..

    ReplyDelete
  15. Coolman, erk..ok jgn salahkn musuh... pasal wang zakat tu memang jadi persoalan atau punca kejadian ni.

    miss Tira, u r welcome.

    Aina, prihatin kpd orang miskin tu memang Rojak setujulah.

    ReplyDelete
  16. Inilah masanya umat islam WAJIB bangkit dari tidur dan lena yang panjang. inilah masanya untuk berjihad. jika ini yang berlaku dinegara kita hari ini maka secara tidak langsung jika mengikut hukum agama kita Islam sendiri maka sudah terangkat lapangan jihad. maka perangilah dengan sehabis habisnya. berperang pula tidak semestinya dengan senjata tetapi dengan peperangan minda juga akan lebih berkesan. islam tidak Ganas tetapi Islam itu unggul dan untuk menjadi unggul maka agkatlah pedang dan asahlah pedang-pedang kamu dengan Ilmu-Ilmu Allah supaya kita semua tidak terpesong aqidah dan iman kita..

    p/s Pedang yang dimaksudkan ialah minda, lidah dan hati yang jitu dan tetap pendiriannya terhadap Agama Allah Islam yang disampaikan oleh kekasihnya Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  17. olie chunkie, bak kata pepatah mata pena lebih tajam dari mata pedang.

    ReplyDelete
  18. pd pndpt gee, semua ni bergantung pd org islam tu sendiri. hey, jadi miskin bukanlah teruk. ade sesetgh ye ditakdirkan. balance of the world. dan duit zakat, mungkin saje diselewengkan. thats show how the world function. there are bad and good guys. terpulang pd kita sendiri utk memandang keadaan tu, kalau kita ada pegangan dlm islam, pendirian, dan yakin dengan Allah, dtg la seribu agama sekalipun nak menolong kita, pasti kita tidak akan berpaling dri islam.. (pendapat saya lebih kpd org islam yg murtad tu sendiri, err dah murtad ke belum?)

    ape pon tindakan yg dilakukan oleh JAIS, kita harus sokong. kalau tidak bersetuju, sampaikan saja scr personal. tak perlu nk tulis dlm blog. nampak sangat yg kita ni tak bersatu. lagi senang org kristian mengatur dakyah kritianisasi dorang tu.

    sungguh, mujahaddah itu memang pahit, kerana syurga itu manis.. :)

    ReplyDelete
  19. Cik Gee, ok terima kasih atas pendapat gee. bukan semua orang berpendapat rakyat sahaja yang perlu mendalami islam... kerajaan juga perlu mendalami islam sepenuhnya untuk mengurangkan segala jenis corruption termasuk duit zakat diselewengkan(maybe). Diulangi pendapat gee memang bernas walaupun tak sama dengan pendapat orang lain :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gua Blog

OhBelog

Free Backlinks